HOME

PETALING JAYA: Pelakon Fatin Afeefa selamat menjalani pembedahan membuang apendiks pada Jumaat di sebuah Pusat Perubatan Subang Jaya.

Fatin atau nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata dia juga mengalami jangkitan kuman dalam darah namun keadaannya kini sudah stabil.

"Saya dah selamat menjalani pembedahan buang apendiks pada Jumaat. Dalam masa yang sama, saya mengalami jangkitan kuman dalam darah.

"Tapi alhamdulillah, keadaan saya kini sudah stabil," kata Fatin ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menurut Fatin, dia mengalami sakit perut sejak Khamis lalu dan terus dibawa ke kecemasan pada keesokkan harinya untuk jalani pembedahan.

"Saya sakit pada Khamis dan esoknya saya ke hospital dan terus ke kecemasan untuk pembedahan.

"Nasib baik saya dapat tahu awal. Kalau tidak, tak tahu la apa jadi," ujarnya.

Fatin turut memuat naik foto dia selepas menjalani pembedahan tersebut di laman Instagram pada Sabtu.

Rata-rata pengikut di laman sosial mendoakan agar pelakon drama bersiri Red Velvet cepat sembuh.

Dalam pada itu, Fatin berkata dia masih menunggu kebenaran doktor untuk pulang memandangkan sedang menjalani penggambaran drama Jodoh 2 Annisa.

"Sekarang ni saya masih lagi di hospital. Sepatutnya dah boleh balik tapi saya demam pula.

"Jadi kena tunggu dulu. Takut ada jangkitan lain pula. Tapi harap-harap dapat pulang awal sebab saya perlu jalani penggambaran drama untuk 100 episod.

"Saya tak nak lah menyusahkan produksi, kru dan barisan pelakon lain," katanya.

Program terbaru Jozan Live yang dihoskan Johan dan Zizan akan mula ditayangkan pada 24 Julai ini bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna selama 40 episod.


Setelah tujuh tahun tidak mempunyai sebarang program bersama pelakon Zizan Razak kini mereka tampil dengan program terbaharu, Jozan Live.


Menurut Johan, dia menerima tawaran untuk mengendali program temu bual bersama Zizan itu kerana tertarik dengan konsep yang digunakan.

"Kali terakhir saya ada program bersama Zizan pada tujuh tahun lalu. Selepas itu, kami hanya bekerjasama melalui acara atau majlis luar sahaja.

"Apabila dapat tawaran untuk program ini, saya terus terima sebab tertarik dengan idea konsep yang digunakan. 

Dalam pada itu pelawak Johan berjaya menurunkan berat badannya dari 95 hingga 73 kilogram dengan mengambil masa selama dua bulan.

GANDINGAN penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong semakin mendapat perhatian pendengar apabila kebanyakkan lagu ciptaan mereka seperti Pematah Hati, Jampi, Hati-Hati dan terbaharu Polis Entry menjadi hit.

Terbaharu penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan beliau pula bakal bekerjasama dengan duo itu untuk single terbaharunya pada September depan.

Siti, 39, berkata, beliau tertarik dengan lagu yang masih belum diberi judul itu selepas mendengar demo diberikan Hael kepadanya beberapa bulan lalu.

"Sekali dengar terus suka! Insya-Allah bulan September nanti masuk studio untuk rakamkan lagu tersebut.

"Jujurnya saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hael dan Ezra kerana mereka berdua mempunyai bakat besar dan banyak lagu ciptaan mereka yang berjaya menambat hati pendengar," katanya.
SUBANG JAYA: Produser Datuk A. Aida mengotakan janji terhadap suaminya, aktor Ariff Aziz yang mahu dia menutup aurat selepas mereka berkahwin.

A. Aida atau Zaidah Awang, 47, berkata, dia sudah pun mula mengenakan tudung penuh pada majlis pernikahannya pada malam Sabtu dan imej itu akan kekal.

"Mulai hari ini saya akan mengekalkan imej bertudung seperti mana diminta oleh suami sebelum ini.

"Walaupun hati saya masih belum sepenuhnya mahu bertudung tetapi apabila dia beritahu sama ada saya sanggup melihat dia menanggung dosa, hati saya terusik.

"Insya-Allah saya istiqomah dan doakan agar saya tetap iman dan teruskan menutup aurat," ujarnya.


A. Aida dan Ariff atau Wan Izma Ariff Abd. Aziz, 29, sah bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz nikah pada majlis yang diadakan di Hotel Dorsett Grand di sini, malam Sabtu.

Pada majlis itu, Ariff menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Mengulas mengenai majlis pernikahannya, A. Aida berkata, dia berasa seperti pengantin yang pertama kali berkahwin kerana sebelum ini dia tidak merasai suasana seperti itu.

"Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin.

"Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin 'cowboy'! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

AdaApaCerita © 2017 ceritonton